HALAMAN

Wednesday, 17 August 2011

Permohonan Tukar Guru Januari 2012

Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian/Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi Pertukaran Januari 2012 untuk guru DGA 29, DG 41, DG 32 (KUP) dan DG 44 (KUP) melalui e-GTukar.



Permohonan Pertukaran Guru Januari 2012 akan bermula,

Pada 1 hingga 30 September 2011.
Permohonan adalah melalui sistem online melalui laman web,

1. http://www.moe.gov.my atau
2. http://apps.moe.gov.my/epgo

Guru yang berhasrat untuk memohon bertukar hendaklah menyemak maklumat diri terlebih dahulu untuk memastikan ketepatan maklumat diri, melalui laman web,

http://apps.moe.gov.my/epgo

Mulai 8 hingga 26 Ogos 2011.

Jika terdapat sebarang kesilapan, pembetulan atau penambahan maklumat, sila catatkan dan berikan kepada Guru Data anda sebelum tarikh tutup penyemakan maklumat diri untuk tindakan selanjutnya.

Pemberitahuan:

Borang permohonan pertukaran hendaklah disiapkan lebih awal agar kerja-kerja pengesahan oleh pentadbir sekolah dapat dijalankan sebelum tarikh tutup permohonan.

Keputusan Permohonan pertukaran Guru Sesi Januari 2012 dijangka dikeluarkan mulai 14 November 2011.

Sila ambil maklum bahawa tiada peruntukan disediakan bagi tuntutan elaun pertukaran untuk sesi Januari 2012.

Sekian, terima kasih.

Yang Menjalankan Tugas,
Guru Data SMV Puteri.

No comments: