HALAMAN

Saturday 23 March 2013

Keputusan SPM 2012 SMV Puteri (21 Mac 2013)



Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 telah diumum pada Khamis (21/03/2013). Calon telah mula mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing selepas 10 pagi pada hari berkenaan.

Calon SPM 2012 juga boleh menyemak keputusan mereka menerusi khidmat pesanan ringkas mySMS dengan menaip SPM jarak nombor kad pengenalan jarak nombor angka giliran dan hantar ke 15888.




Calon SPM 2012 yang mendapat gred cemerlang meningkat



Seramai 15,793 daripada 472,541 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 berjaya memperoleh gred A bagi semua mata pelajaran diduduki, mencatatkan peningkatan 0.13 peratus berbanding 15,079 calon pada 2011.

Seramai 13,721 (3.35%) calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) berjaya memperoleh gred A bagi semua mata pelajaran tahun ini, meningkat 0.16 peratus berbanding 12.970 (3.10%) pada tahun 2011, kata Ketua Pengarah Pelajaran , Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud.

"Pencapaian keseluruhan calon menurun sebanyak 0.04 mata Gred Purata Nasional (GPN) namun bilangan murid yang memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran meningkat sebanyak 0.16% ," katanya pada sidang akhbar analisis keputusan SPM.

Beliau berkata, dalam SPM 2012, prestasi dua daripada tujuh mata pelajaran teras iaitu Matematik dan Pendidikan Moral meningkat, manakala prestasi bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Pendidikan Islam, Sejarah, Sains dan Bahasa Inggeris menunjukkan penurunan.

Pencapaian keseluruhan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 mengalami penurunan berdasarkan indeks Gred Purata Nasional (GPN) sebanyak 5.08 mata sahaja berbanding 5.04 pada 2011.

Sumber: Kosmo [21/03/2013], BHarian [21/03/2013]

Tahniah Kepada Pelajar SPM 2012 dan Warga Pendidik Puteri Serikandi



Ucapan tahniah kepada semua pelajar SPM 2012 Kolej Puteri Serikandi yang telah mencapai kejayaan. Ucapan tahniah ini juga dikhususkan kepada pelajar yang berjaya beroleh pencapaian 5A dan ke atas.

Senarai Pelajar SPM 2012 Yang Mencapai 5A Ke Atas:

7A: Shahirah Ahmad Jaffri, Maizura,

6A: Hadaina, Sharifah Atikah, Natasya, Shahirah Ahmad Fuad, Shazlinn, Laila, Syazwani Che Mahmud, Hidayah Al-Mizi, Nuramina,

5A: Julia, Nadira, Farid, Haikal, Izzat, Iqram, Fatihah Zakaria, Iffah Nur Dini, Hajatul Aini, Syafiqah Hamizu, Faatihah Arifin,

Akhir sekali ucapan tahniah kepada semua warga pelajar, pendidik dan kakitangan yang lain atas kejayaan sekolah mengekalkan pencapaian 100% lulus dalam SPM 2012. Barangkali ada yang rasa sedikit kecewa akibat penurunan GPS 3.32 berbanding 2.97 tahun 2011. Harapan saya, anda semua jangan berputus asa. Teruskan usaha untuk merampas kembali GPS Siri 2 dalam SPM 2013. InsyaAllah ...

Syukur Alhamdulillah, segalanya berlaku dengan izin Allah. Pencapaian cemerlang yang dicapai adalah kerana izin Allah SWT.

No comments: