HALAMAN

Saturday, 16 April 2011

Bahas Bahasa Inggeris KAT Zon Pahang 2011

KEJOHANAN ANTARA TEKNIK ZON PAHANG 2011

Acara: Pertandingan Bahas Bahasa Inggeris Ala Parlimen
Tempat: SMV Puteri, Temerloh.
Tarikh: 15 hingga 17 April 2011

SMVP – 15 April 2011, Jumaat, warga SMV Puteri mengucapkan selamat datang kepada semua kontinjen yang menyertai pertandingan bahas Bahasa Inggeris ala parlimen pada kali ini.

Sembilan buah sekolah yang menyertai pertandingan pada kali ini. Sekolah yang paling awal melapor diri pada hari pendaftaran ialah kontinjen daripada SMT Kuantan. Sesi pendaftaran penginapan telah diadakan di asrama SMV Puteri.

Pertandingan pada tahun ini mengimbas kembali pertemuan kita pada tahun lepas. Para peserta pertandingan ditempatkan berasingan iaitu peserta perempuan menginap di asrama SMV Puteri manakala peserta lelaki menginap di asrama SMV Temerloh.
___________________________________________________________________

No comments: