HALAMAN

Friday 31 July 2015

Tender & Sebut Harga

Sebut Harga bagi membekal, menghantar, memasang dan menguji peralatan bengkel di Kolej Vokasional Puteri Temerloh

Sila Muat turun Dokumen Sebut Harga Di SINI

Tarikh Tutup Sebut Harga sebelum 12.00 tengah hari pada 13 Ogos 2015.



Tuesday 29 July 2014

Kolej Vokasional Puteri Temerloh Agih 1,000 Bungkus Bubur Lambuk


ZAMIAH Mohd Ali menyampaikan bungkusan bubur lambuk kepada seorang pengguna jalan raya Tol Temerloh, Pahang.

Kolej Vokasional Puteri Temerloh (ERT Puteri) turun padang mempromosikan kolej dengan cara menyumbang lebih 1,000 bungkus bubur lambuk kepada pengguna jalan raya di Tol Temerloh, Pahang baru-baru ini.

Pengarah Kolej Vokasional Puteri Temerloh, Zamiah Mohd Ali berkata, strategi serampang dua mata itu bukan sahaja dapat mengimarahkan bulan Ramadan tetapi turut memperkenalkan kolej kepada orang ramai.

Menurutnya, Kolej Vokasional Puteri dulunya dikenali Vokasional Puteri kini menawarkan dua kursus iaitu Seni Kulinari dan Fesyen dan Membuat Pakaian.